Suatu tika dulu,hingga kini aku selalu tertanya-tanya antara jodoh dengan ajal mana satu yang الله mahu berikan padaku? Ajal itu pasti tapi jodoh itu belum pasti. Antara dua takdir tersebut yang mana satu lebih aku bersedia,aku
Ada orang yang ditakdirkan untuk mati tanpa sempat berkahwin,ada juga yang ditakdirkan untuk berkahwin tiga hari,kemudian mati dan tidak kurang juga yang bertuah kerna dapat hidup dalam perkawhinan sehingga ke hari tua. Untuk aku ,tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang,tapi aku amat mengharapkan sebuah perkahwinan,pejalanan rumah tangga ku nanti berkat.
Dan pastinya pada mereka dan juga aku yang masih lagi bujang sudah pasti akan ada terasa sedih kecewa pabila melihat orang lain ada pasangan hidup..dan bagi aku untuk tidak memikirkan tentang jodoh itu aku banyak ingatkan bagaimana kematian aku...ya jodoh itu adalah satu kebahagian,tetapi kematian itu bagi orang yang belum bersedia adalah suatu ketakutan dan kesedihan..
Bila ingat kematian hal jodoh itu akan dilupakan buat sementara.. Yakin pada الله bahawa ada jodoh yang terbaik untuk kita.. Muslimah jaga dirimu akhlak mu nescaya pasti kamu dapat seorang yang sabar dalam membimbing kamu kearah solehah...Allahuakhbar... :) cinta selepas nikah itu indah..walaupun aku belum berkahwin tetapi aku dapat merasakan kemanisan cinta yang diredhai.. :)
Cinta itu selalu ada. Cuma aku tahankan selagi belum tiba masanya

No comments:
Post a Comment